Friday, November 30, 2012

Lama juga tidak menulis, terlalu fokus dengan ulasan-ulasan berita yang diterbitkan melalui media alternatif. Isu sekarang ialah bila PRU13 akan berlangsung. Bukan setakat rakyat yang menunggu malahan ia menjadi makin penting buat ramalan pelaburan jangka masa panjang berkaitan dasar pengurusan negara. Jadi tidak menjadi satu yang menghairankan jika terdapat penangguhan kemasukan pelaburan ke dalam negara berpunca daripada ketidaktentuan kesinambungan dasar-dasar pengurusan negara. Satu segi, Pakatan Rakyat (PR) menawarkan urus tadbir negara yang diistilahkan sebagai "good governor" atau urus tadbir yang baik dengan usaha-usaha yang jelas untuk mengekang perilaku rasuah melalui kaedah pengisytiharkan harta para pemimpinnya, kaedah tender terbuka dan usaha-usaha untuk mengekang manipulasi kroni dalam projek-projek kerajaan. Penstrukturan semula subsidi dengan mengekang monopoli satu pihak dan memberi fokus bantuan untuk mengurangkan beban rakyat melalui janji penurunan harga minyak, kajian semula subsidi kepada pembekal tenaga dengan menyemak semula kandungan perjanjian antara kerajaan dengan pembekal. Meningkatkan kadar royalti minyak kepada 20% untuk negeri-negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak negara. Penghapusan pinjaman PTPTN, penurunan harga kereta, pemberian tambahan sebanyak RM500 kepada golongan pendidik dan cabaran kepada rakyat untuk menolak PR sekiranya gagal memenuhi aspirasi rakyat pada PRU14. Dalam sekian kalinya, enakmen undang-undang Islam negeri Kelantan akan dikuatkuasakan dan tidak mustahil perkara ini akan menjadi punca pergolakan antara PAS dengan DAP. Sehubungan itu, satu mekanisme yang jelas perlu ada dalam pemikiran para pemimpin PAS untuk menghadapi DAP yang telah jelas menentang pelaksanaan undang-undang Islam. Selain bergantung kepada hidayah Allah ke atas pemimpin-pemimpin DAP, PAS perlu giat memberi kefahaman kepada DAP tentang undang-undang Islam. Selain PAS perlu memiliki kekuatan suara melalui kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi dengan bilangan yang lebih besar berbanding sedia ada. Isu penguatkuasaan kaedah-kaedah Islam ke atas salon-salon yang dimiliki oleh bukan Islam di Kelantan perlu diberi perhatian yang serius dan dihadapi dengan penuh hikmah sebagai ujian dalam melaksanakan hukum Allah. Kegagalan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan menghadapi kes ini dengan penuh hemah akan memberi bayangan kaedah menyelesaikan masalah seandainya peraturan Islam dilaksanakan kelak. 22 tahun rasanya sudah cukup tarbiyah diberikan kepada masyarakat Kelantan tentang Islam sebagai "the way of life". Dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong-Penyokong Pas memberi gambaran pelaksanaan motto membangun bersama Islam di Kelantan mampu diterima oleh masyarakat Kelantan. Kesanggupan sami-sami buddha di Kelantan menyumbang kewangan bagi projek lebuh raya rakyat memberi gambaran penerimaan Islam sebagai medium penyatuan harmoni antara rakyat berlainan agama. Dasar kerjasama antara PAS, DAP dan PKR sebenarnya banyak berkisar untuk menjatuhkan BN dan merampas Putrajaya bukan kerjasama untuk membina negara berasaskan Islam, cumanya DAP menerima akhlak-akhlak baik yang dianjurkan oleh Islam dalam soal urus tadbir negara. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi kuasa oleh rakyat, maka ideologi asal perjuangan PAS dan DAP akan menjadi satu persoalan. DAP menekankan soal Malaysia untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, hal ini telah terkandung dalam Islam dengan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa. Malah lebih menyeluruh.  Persoalannya, setakat mana penerimaan peraturan Islam oleh DAP jika dilaksanakan. Dalam hal ini PKR perlu memainkan peranan sebagai moderator untuk menjadikan suasana lebih positif. Pohon dimudahkan oleh Allah.

3 comments:

  1. Tulisannya sangat menarik sekali
    Info yang bagus sekali


    Heny FIAI UII

    ReplyDelete
  2. Hello there
    I am see your blog your blog. It's a nice blog to provide a good information.
    Hope more people reaching your blog because you are sharing a good information.
    I bookmarked this blog further more useful information.
    bust luck and care on.....


    Free Porn
    Transsexual
    Bisexual
    Gay Sauna
    Gay Men
    Legal Bud
    Transvestite

    adult toys australia
    buy penis plugs
    adult dvd
    buy gay dvds
    teen sex australia
    adult product
    adult novelties
    Buy Vibrator Australia
    Sex shop online
    adultdvdempire
    Sex shop Australia
    porn dvds
    uncut dvds
    club x
    Amateur XXX
    adult shop

    ReplyDelete