Monday, October 3, 2011

Tuah Dalam Kenangan

Hampir dua bulan blog langsung tidak disemak. Terlampau memikirkan masalah sekitar menyebabkan tiada masa untuk menjenguk blog. 

Tuah dalam kenangan kerana teringat peranannya yang besar dalam memberi imej positif kepada kesultanan Melayu Melaka. Jasanya amat besar, kerana tuah laksamana Melaka, Melaka pada waktu itu amat dikenali di nusantara malahan tidak terlampau jika dikatakan seantero dunia Melayu. Jasanya kepada sultan Melaka amat dikagumi sehinggakan sanggup menerima fitnah sebagai kebenaran walaupun mengetahui natijah daripada fitnah tersebut. Tuah menerima hukum bunuh yang dijatuhkan sultan Melaka kerana dikatakan melakukan perkara sumbang dengan dayang sultan. Nasibnya agak baik kerana mamak bendahara Tun Perak seorang yang bijak dalam percaturan politik dan mampu mencengkam situasi politik Melaka di samping keupayaan membaca jalan fikir sultan Melaka. Betullah apabila berlaku dua perkara yang berlawanan akan menghasilkan satu perkara baru. Perkara barunya ialah Jebat menderhakai sultan Melaka kerana membela kawan karib yang dihukum tanpa kebenaran yang sepatutnya. Menderhaka Jebat, menentang arus masyarakat yang setia dan taat kepada sultan. Hasilnya terpaksa mengorbankan jiwa dan keluarga kerana asalnya berjuang menegak kebenaran. Bahagiakah Tuah kerana menuruti perintah sultan untuk menghapuskan Jebat. Jiwa Tuah terluka sebenarnya kerana mempertahankan prinsip pantang Melayu menderhaka kepada raja sehingga mengorbankan rakan sepermainan karibnya. 

Persoalannya jika mamak Bendahara Tun Perak memberi pengkisahan sebenar kepada Jebat bahawa Tuah tidak dibunuh tapi hanya disembunyikan di hulu sungai Melaka, menderhakakah Jebat? Dalam ucapannya Jebat pernah mengatakan jika dia mengetahui Tuah masih hidup, dia tidak akan berprinsipkan raja adil raja disembah raja zalim raja disangah. Maknanya prinsip itu tersebut disebabkan seorang sahabat yang karib dinafikan hak untuk dibicarakan secara adil. Berkait sama sistem raja mutlak yang jurusnya akan mementingkan daya fikir raja itu bukan demokrasi berasaskan kira bicara dalam perbincangan. Tuah kau dalam kenangan tapi Jebat sentiasa diingat sebagai pencetus keinginan keadilan, kebenaran dan rakyat untuk rakyat.

2 comments:

  1. ILMUAN MUSLIM membuka kesempatan bagi siapa saja yang memiliki artikel ilmiah, profil ilmuan, hasil penelitian, skripsi dan informasi penting lainnya yang berhubungan dengan sains dan matematika untuk mengirim ke artikel tersebut ke email penulis di cu_pycupy@hotmail.com

    Beberapa artikel yang layak akan ditampilkan penulis di blog ini dengan menyertakan nama pengirim artikelnya, keilmiahan artikel, dan hak cipta lainnya. Kemudian artikel tersebut akan disebarkan melalui berbagai media. Mari saling tukar artikel dg saya dengan mencantumkan sumbernya..

    Alamat web ILMUAN MUSLIM di http://saintis-muslim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. saya tidak pernah bersetuju dengan tuah dan saya ingin sekali menjadi jebat berani yang lebih bijak berfikir tetapi ramai orang tidak akan pernah bersetuju dengan saya. ramai sedar tentang betulnya jebat dalam menyanggah raja disembah tetapi tidak ramai yang mahu menjadi jebat atau mengikutnya sekalipun.

    baru jenguk blok cikgu zaini (dari budak kelas gua)

    ReplyDelete