Saturday, July 2, 2011

Memahami Politik Organisasi

Kebanyakan halangan para pengurus harus hadapi dan atasi tiada kaitannya dengan kebolehan teknikal, sebaliknya berkaitan dengan politik. Politik dalaman merupakan hakikat hidup dalam organisasi. Bagi memahami politik organisasi langkah pertama ialah menerima hakikat politik sebahagian daripada kehidupan dalam organisasi. Politik menerangkan apa yang manusia lakukan untuk mempengaruhi pihak yang membuat keputusan, mencapai agenda tersembunyi dan memajukan kerjaya mereka secara diam-diam. Langkah kedua menilai tahap politik di tempat kerja anda.


Politik minimum menjadikan organisasi bersifat mesra, konflik jarang tercetus dan jika berlaku ia tidak tahan lama. Tidak terdapat kumpulan yang diterima atau yang tersisih. Kejayaan seseorang tidak dianggap sebagai kerugian orang lain. Peraturan boleh diubah suai dan pertolongan boleh diberikan. Semua orang dilayan dengan baik. Malangnya, situasi organisasi seperti ini suatu yang luar biasa dan jarang berlaku.


Politik sederhana biasanya dicirikan dengan organisasi beroperasi menurut peraturan yang difahami dan diluluskan secara rasmi. Jika organisasi berorientasikan pelanggan dan pencapaian, semangat berpasukan dan kepercayaan sesama sendiri menjadi keutamaan. Pencapaian matlamat melalui kaedah yang tidak diluluskan merupakan perkara biasa tetapi kurang ketara dan boleh disangkal. Apabila wujud konflik yang tidak terkawal pengurus akan melaksanakan peraturan yang diluluskan atau prinsip sebagai penyelesaian.


Sangat bersifat politik dan terlalu bersifat politik akan disambung pada terbitan seterusnya.


Mat Zaini Abdullah

No comments:

Post a Comment