Friday, May 6, 2011

Antara keinginan dan realiti

Setiap kita ada pemikiran sendiri dan kadang kala diterjemah kepada keinginan melalui kata-kata secara pemikiran. Kita kadang kala mendesak supaya keinginan kita dipenuhi. Lebih teruk kita terlalu merasakan keinginan kita lebih baik dan benar berbanding apa yang ada dan telah dilaksanakan. Ambil saja soal kiblat yang menjadi arah solat orang Islam, yang bukan Islam tertanya-tanya mengapa orang Islam menyembah kotak hitam itu, sedangkan setahu mereka tuhan tiada di dalamnya. Tetapi bila ditanya kepada orang Islam, jawabnya cukup mudah kerana itu perintah Allah, perlu diterima kerana ia dogma. Tiada penjelasan tentang hikmahnya. Bukan Islam mula pening kerana pemikiran mereka tidak sampai sebagaimana orang Islam. Terlalu abstrak untuk difikirkan mereka. Sebenarnya telah wujud lompang ilmu di situ antara keinginan dengan realiti. Persoalan mengapa sebagai sumber keinginan, realitinya tiada jawapan yang mampu diterima akal. Jawapannya ialah permasalahan yang perlu dikaji berdasarkan sumber ilmu.

Ambil pula contoh televisyen, perlawanan bola sepak antara kelab terbilang dunia. Ramai yang menonton tapi bila diselidiki tiada pun padang bola, stadium, pemain dalam televisyen tapi mengapa manusia melihat televisyen. Analoginya hampir sama dengan kaabah tadi. Cuma tahap abstraknya lebih tinggi isu kaabah berbanding perlawanan bola sepak. Persamaannya, kedua-dua kaabah dan televisyen hanya perantaraan, yang satu allah yang ciptakan sementara satu lagi manusia yang menciptanya. Dalam soal berfikir, televisyen tidak membatasi akal manusia kerana ia dicipta manusia. Tetapi dalam soal kaabah akal pemikiran perlu terarah kepada soal-soal al-quran, sunnah dan sejarah perkembangan Islam supaya liberalisasi pemikiran tidak berlaku pada kadar terlalu bebas sehinggakan panduan hilang dalam pertimbangan akal. Ada pendapat mengatakan tidak semua benda abstrak perlu diberikan penjelasan kerana bila tiba masanya perkara tersebut secara sendiri akan difahami oleh akal manusia. Di situlah peranan masa dalam proses pencarian ilmu.

Keinginan kadang kala merupakan kemahuan dan harapan. Seorang guru biasanya mempunyai aspirasi yang murni, ingin sekolah yang teratur, pengurusan yang baik, murid yang cemerlang, kerjasama yang baik secara realiti bukan gambaran, malah segala-galanya diinginkan baik dan cemerlang. Bagaimana realitinya? Jika realitinya sama dengan keinginan guru berkenaan maka bahagialah dia tapi jika sebaliknya pengalaman diri yang akan menentukan kebahagiaan dirinya.

No comments:

Post a Comment