Friday, December 10, 2010

Keutamaan Besar Mula Mengecil

Awal bekerja dulu, soal insurans dan road tax kereta sentiasa menjadi perhatian. Semalam 9 Disember 2010, merupakan hari yang boleh dikategorikan sebagai hari bodoh buat diri sendiri. Isteri telefon katanya road tax wira telah tamat tempoh. Rasa takut untuk drive balik dari tempat mesyuarat menjadi perkara biasa bagi seorang perempuan. Pagi 9 Disember 2010, perlu bertugas di SMK Parit Panjang sebagai guru kertas peperiksaan yang berakhir jam 10.30 pagi. 11.00 pagi mula bertolak balik ke rumah di Baling untuk mengambil geran kereta, 11.45 pagi bertolak ke Sungai Petani untuk urusan pembayaran insurans kenderaan di Takaful Malaysia. Selesai di situ ke Pejabat Pos Sungai Petani untuk pembayaran road tax, nombor giliran 3048. Bila dikira balik cukup lama untuk menunggu. Lantas mengambil  keputusan untuk terus bergerak. Akhirnya, road tax dibayar di Pejabat Pos, Gurun. Dari pagi belum makan lagi berhenti seketika di Kota Sarang Semut untuk makan tengah hari dan terus sembahyang zohor. Jam 4.30 petang sampai ke SMK Hutan Kampong dan melekatkan road tax ke cermin kereta. Hari paling meletihkan ditambah tidur tidak cukup. Semalamnya jam 4 pagi baru tidur kerana menyiapkan proposal kertas projek UUM, 6 pagi bangun dan terus ke sekolah jam 7.00 pagi. Itulah terjadi apabila keutamaan besar mula mengecil. Peliknya, kesanggupan untuk memandu kenderaan dan mengurus perkara-perkara berkaitan road tax. Dari mana semua kekuatan ini datang? Ghalibnya, jika tidur tak cukup badan letih dan akal letih. Tapi dari mana "will power" itu datang. Mungkin daripada isteri, biasanya orang yang kita sayang, kita kenal dan sebahagian daripada kita, kita cepat respon, rasa tanggungjawab kita meningkat naik. Betul juga kata Hackman dan Oldham (1976,1980), rasa tanggungjawab mampu membina motivasi intrinsik yang hebat dan kadangkala luar dari kebiasaan harian individu. Tapi cukuplah untuk kali ini. Masa depan perlu lebih peka. Keutamaan besar perlu sentiasa besar tanpa boleh dikecilkan. Balik kepada utamakan yang utama.

No comments:

Post a Comment