Sunday, November 28, 2010

Kemahiran Perlu Dibuat Berulang Kali

Mengingat fakta lebih kurang sama dengan melakukan kemahiran. Kita terpengaruh dengan teori pembelajaran, apa yang dikatakan "amalan membuat tuan sempurna". Kanak-kanak disuruh buat, buat dan buat lagi berulang-ulang kali sampai mencapai kecekapan. Malangnya mereka melakukan tanpa menggunakan kebijaksanaan. Itulah yang John Dewey katakan. Jelas sekali pendekatan cara kilang ini membosankan. Sebab itulah pelajar benci ke sekolah. Sepatutnya sekolah perlu ada pertimbangan yang lebih menarik dan menyakinkan pelajar - Alfie Kohn

Dunia berkata, lihat sekeliling, jangan bengantung kepada ingatan tuan sahaja. "Saya mungkin tidak suka memandu di atas jambatan, bekerja di dalam bangunan ataupun memandu kapal terbang yang direka oleh jurutera yang bergantung apa yang mereka hafal atau ingat." Maklumat tidak semestinya disimpan dalam kepala sahaja, kita perlu cari ataupun reka sendiri.

Mat Zaini Abdullah

No comments:

Post a Comment