Sunday, November 14, 2010

Berfikir gaya TRUMP

Beliau digambarkan sebagai bongkak, pemarah, gila glamour. Namun, mengapa buku ini harus dibaca?Itulah kata-kata pada kulit luar buku Berfikir Gaya Trump. Apabila selesai dibaca, kehebatan Donald Trump memang terbukti dengan tindakan dan kejayaan beliau membina organisasi Trump. Persoalannya bagaimana gaya Trump berfikir. Gaya pertama yang menjadi pegangan Trump ialah "lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan." Gaya kedua, berfikir secara positif tetapi realistik. Hal ini amat sesuai dengan kata-kata Dr. David J Schwartz, "seseorang yang berfikiran positif ialah orang yang arif dalam mencipta gambaran minda yang positif bukan sahaja dalam mindanya tetapi juga ke dalam minda orang lain".  Gaya ketiga, buktikan pada diri sendiri. Dengan kata lain membina daya saing dengan diri sendiri, tidak perlu menjadikan orang lain sebagai penanda aras. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Gaya keempat, belajar daripada kegagalan dan kesilapan. Gaya kelima, sedia berubah. Gaya keenam, masalah adalah latihan minda. Gaya ketujuh, ilmu adalah kuasa.

Mat Zaini Abdullah

No comments:

Post a Comment