Tuesday, November 30, 2010

Bagaimana Kata Putus?

Maklumat tidak pernah mencukupi sebagai rujukan untuk menghasilkan keputusan yang baik. Mencari maklumat bererti mencari bahan maklumat dan kebenaran maklumat. Antara kehendak dan rasional biasa ada konflik dalam menentukan keputusan. Bila kehendak mengatasi rasional selalunya kehendak yang akan menguasai, apatah lagi jika keputusan mendatangkan kesan kesusahan sementara. Jika kesannya hanya secara individu ditanggung itu satu keputusan yang mendatangkan kekuatan dalam diri, tapi bagaimana jika melibat orang lain. Biasanya krisis boleh terjadi. Manusia dibatasi antara keselesaan dengan kepayahan. Keselesaan biasanya membuat manusia sukar untuk menerima perubahan kerana perubahan memberi kesan kepada keselesaan. Soalnya, bagaimana membuat keputusan yang baik? Dalam organisasi awam dirujuk kepada keputusan yang memberi manfaat kepada golongan majoriti. Menghasilkan kebajikan kepada penerima perkhidmatan. Keputusan korporat lebih cenderung kepada soal-soal meminimumkan kos dan memaksimumkan untung. Menghasilkan daya untung yang lebih kepada syarikat. Jika keputusan kepada diri bagaimana pula ya? Mungkin yang paling baik atau mungkin yang paling memenuhi kepuasan kehendak. Dalam diri individu wujud dua rasa yang sentiasa menganggu, iaitu kuasa kehendak dan kuasa keperluan. Kehendak lebih dekat kepada diri, keperluan mempunyai jarak dari diri dan lebih harmoni bunyinya walapun kadang kala dikuasai kehendak. Keputusan sewajarnya tidak perlu terlalu cepat tetapi jangan terlalu lama. Setiap keputusan kadang kala mampu mengubah paradigma seseorang, mengubah bentuk asal kepada apa yang dikehendaki atau diperlukan dalam keputusan.

Mat Zaini Abdullah

No comments:

Post a Comment