Wednesday, November 24, 2010

Antara Orientasi Pencapaian dan Orientasi Hubungan

Dua perkara berbeza tetapi itulah yang ada dalam sesebuah organisasi. Tinggal lagi bagaimana seorang pengurus melakukan daya imbang antara dua orientasi. Soalannya, apakah pencapaian menentukan hubungan atau hubungan menentukan pencapaian? Mana yang harus dimulakan dulu, pencapaian atau hubungan, hubungan atau pencapaian. Terlalu rumit bila memikirkan sebuah organisasi bersumberkan manusia seperti sekolah. Adakah orientasi hubungan dirujuk kepada soal-soal menjaga hati dan perasaan pekerja, melakukan sesuatu yang dianggap menyenangkan pekerja tetapi jangka panjang merosakkan pencapaian? Adakah orientasi pencapaian semata-mata dirujuk kepada perkara-perkara yang dikategorikan sebagai kejayaan? Adakah orientasi melampau terhadap pencapaian boleh mewujudkan orientasi hubungan yang harmonis? Dunia korporat rasanya lebih mudah menggunakan kaedah orientasi pencapaian kerana tahap profesional yang lebih tinggi, pekerja memahami tugasan mereka kerana berlaku pengkhususan yang jelas dan terperinci. Bagaimana di sekolah? sebuah peruncitan awam, segala-segalanya di sekolah. Keseimbangan kerja sukar berlaku. Ada guru dapat lebih, ada guru kurang malahan ada yang langsung tiada. Tahap profesional sukar untuk diukur. Penilaian prestasi berlaku secara kualitatif kerana atas dasar manusia, kuantitatif sukar berlaku. Pening...

Mat Zaini Abdullah

No comments:

Post a Comment