Sunday, October 24, 2010

Bagaimana Rasullulah s.a.w menerapkan teori resapan inovasi?

Dalam konteks Rasullulah s.a.w inovasi merujuk kepada agama Islam yang dibawa. Pada zaman baginda, Islam merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat jahiliyah, menentang tradisi biasa beragama dalam kalangan ahli masyarakatnya. Konsep ketuhanan yang tidak terlihat tetapi difahami melalui zat-zatnya. Secara akal manusia, sukar untuk membina kefahaman kerana inovasi yang dibawa terutama menyentuh khalik tidak boleh dilihat oleh individu dalam masyarakat.

Baginda kemudiannya bergerak kepada saluran komunikasi bermula dengan diri baginda sebagai "role model" secara tutur kata, kelakuan dan sikap yang lahir daripada hati tanpa menuturkan perkataan "ikhlas". Sikap baginda dirasai secara pancaindera dan perasaan manusia yang pernah menerima keikhlasan baginda. Skop dakwah peringkat awal lebih tertumpu kepada mentauhidkan Allah tidak lagi berkaitan soal-soal pratikal seperti amalan sembahyang lima waktu, puasa, haji, zakat. Selepas diri baginda dipersiapkan, saluran komunikasi dakwah menghasilkan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda. Saidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. memeluk Islam kerana kepercayaan tidak berbelah bagi terhadap baginda kerana sahabat ini mengenali baginda sebagai manusia yang tidak pernah berbohong. Kesimpulannya, perlu bermula dalam diri dan diterjemah secara ilmiah oleh mereka yang tahu menggunakan akal fikiran. Kemudian saluran dakwah berlaku melalui para sahabat yang menerima Islam. Contoh yang paling jelas bagaimana Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam melalui saudara terdekat walaupun agak keras, hal ini juga melibatkan saluran komunikasi baginda, iaitu doa.

Masa dan sistem sosial akan dilihat kemudian

Nukilan ringkas
Mat Zaini Abdullah


No comments:

Post a Comment